Majlis menandatangani Perjanjian Kerjasama antara UCT dan Tenaga Swicthgear Sdn Bhd (TSG)

15 March 2016 2413257 comments News 2102423 Views

Kota Damansara, 14 Mac – Satu majlis menandatangani Perjanjian Kerjasama antara Universiti Malaysia Pahang (UMP) menerusi anak syarikatnya iaitu UMP Consultancy & Training Sdn Bhd (UCT) dan Tenaga Swicthgear Sdn Bhd (TSG) telah diadakan di pejabat TSG, Kota Damansara, Selangor. Perjanjian tersebut telah ditandatangani oleh Pengarah Urusan UMP Holdings & Kumpulan Tuan Syed Hamzah Al Junid bin Syed Abdul Rahman serta Pengarah Urusan TSG iaitu Datuk Mohd Hisham bin Ab Halim. 

UMP menerusi Pusat Kecemerlangan IBM telah membangunan sistem “Product Database Solution” dan “Resource Planning Solution” kepada pihak TSG. Pembangunan kedua-dua sistem perisian ini adalah bagi memenuhi keperluan pihak TSG untuk membolehkan maklumat berkenaan produk dan servis mereka dapat dicapai secara atas talian melaui aplikasi android, iOS dan juga laman sesawang. Selain itu perisian ini dibangunkan bagi membolehkan semua data-data syarikat diintergrasikan supaya pihak pengurusan atasan dapat menyediakan perancanggan yang lebih tepat.

Justeru itu diharapkan kerjasama antara keduanya akan dilanjutkan lagi bagi membolehkan pembagunan dalam industri serta pendidikan. 

Rate this item
(4 votes)

2413257 comments

Leave a comment

Make sure you enter all the required information, indicated by an asterisk (*). HTML code is not allowed.